Wednesday, October 28, 2009

MUZIUM KESENIAN ISLAM

MUZIUM KESENIAN ISLAM

ULC Launching

ULC & MUZIUM KESENIAN ISLAM

24/10/2009

ULC launching Town Villa. Seronok juga kerana ULC dah lama tak buat launching. Ramai yang hadir dan sale juga baik. Tahniah kepada marketing department.

Sebelah petang sempat ke Muzium Kesenian Islam untuk melihat pameran 'En Route To Mecca'. Bagus juga dan banyak maklumat diperolehi disana. Ini adalah kali pertama ke muzium tersebut dan saya ingin mengcadangkan kepada rakan-rakan supaya dapat meluangkan sedikit masa untuk melawat muzium tersebut.

Friday, October 23, 2009

Kampong Kerdas


Pelan ke rumah saya di Lot 9099 Jalan Kerdas Satu, Batu 5 1/2 Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kampong Kerdas

Dengan segala hormatnya saya menjemput kawan-kawan, sahabat handai, rakan-rakan dan saudara mara yang mengenali saya untuk hadir ke majlis doa selamat dan kesyukuran seperti berikut:-

Tarikh - 31 Oktober 2009

Masa - 1.30 tgh. - 6.30 ptg.

Tempat - Lot 9099 Jalan Kerdas Satu
Batu 5 1/2 Gombak
53100 Kuala Lumpur

Kehadiran tuan/puan adalah sangat dihargai.

Monday, October 19, 2009

Kamilian 78 - FRIM



Bersama rakan-rakan semasa perjumpaan Kamilian 78.

Kamilian 78 - FRIM



Noreha, Khalijah, Esah dan Raja Yasmin.

Kamilian 78 - FRIM



Chua Boon Seong, Nik Zulkifli dan Fadzulah.

Kamilian 78 - FRIM


Lailani, Noreha, Emlee, Raziah dan Khalijah bergambar kenangan.

Kamilian 78


Sessi Foto sebagai kenangan bertemu setelah 31 tahun meninggalkan bangku sekolah.

Gathering Kamilian 78

18/10/2009
perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh, Kelantan di tingkatan lima pada tahun 1978 bertempat di FRIM Kepong dan ucapan terima kasih kepada Saudara Emlee Taib yang berjaya mengumpulkan rakan bekas-bekas pelajar. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan yang diluar Kuala Lumpur kerana hadir pada hari ini. Seronok dapat bertemu semula dengan rakan-rakan semasa sekolah ditingkatan lima dulu. Kini telah genap 31 tahun berlalu dan dapat bertemu semula amat baik dan gembira, rata-rata telah berumur 48 tahun dan kini telah mempunyai anak yang telah remanja. Ada juga rakan-rakan yang mempunyai cucu dan kami ucapkan tahniah kepada semua, ramai juga yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, masih berminat untuk hadir semasa perjumpaan dan usaha saudara-saudari sangat dihargai. Pada rakan-rakan yang tidak hadir diharap kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang.

Saturday, October 17, 2009

Majlis Hari Raya UDA


15/10/2009
Abby dan Mas di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis Hari Raya UDA

15/10/2009
Noor & Azlin di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur

Majlis Hari Raya UDA


15/10/2009
Bergambar sebelum ke Majlis Hari Raya UDA. Sham, Abby, Norma, Kiah dan Mas.

Majlis Hari Raya UDA


15/10/2009
Bersama Farah, Norma, Abby dan Razali bersiap sedia untuk menghadiri majlis Hari Raya UDA di Ancasa Hotel Kuiala Lumpur.

Friday, October 9, 2009

Masjid Putra, Putra Jaya


Mendengar taklimat dari pihak Tabung Haji.

Masjid Putra, Putra Jaya


'practical' saei di Putra Jaya. ok juga

Masjid Putra, Putra Jaya


Berjalan ke tempat 'practical' melontar sejauh 1.5 km dari masjid putra jaya.

Masjid Putra, Putra Jaya

Menghadiri kursus haji perdana pada 3/10/2009 & 4/10/2009 di Masjid Putra, Putra Jaya bagi persediaan akhir ke tanah suci Mekah bagi musim haji 1430.

Letih juga apabila melaksanakan 'practical' tawaf, saei dan melontar. Dua hari berada di masjid putra banyak mengajar untuk bersabar. Peserta seramai 3,000 jemaah wilayah persekutuan terpaksa berkongsi tempat tidur, tandas, makan minum dan lain-lain. Ini baru 3,000 jemaah, macam mana nanti 3,000,000 jemaah di tanah suci Mekah kelak.

Thursday, October 1, 2009

ULC


Farewell lunch 2009

ULC


Bersama Fyros, Isa, Azman Tawil dan Azhar. Farewell En. Radzi, Nadia, Hazlin, Rusmajidah dan Azmil.

ULC, BTHO


Bersama rakan-rakan bergambar kenangan di hari terakhir untuk Azmil. Beliau akan berpindah tempat latihan di UDAmall bermula 1 Okt. 2009. Semoga berjaya di tempat baru.

Jusco, Cheras Selatan


En. Radzi, Taban dan Isa di Johnny untuk farewell lunch.

Jusco, Cheras Selatan


Bersama Salim, Che Omar dan Hazlin. lunch di Johnny untuk 'farewell' En. Radzi, Hazlin dan Nadia yang akan berpindah ke HQ bermula 1 Okt. 2009. Semoga selamat berjaya di pejabat baru.