Saturday, December 3, 2011

Tanam pokok






Sempena cuti awal Muharam 1433 saya telah menanam pokok rambutan dan pokok mata kuching (kesian kuching tu, mata dia kena tanam). Diharap usaha kecil ini akan menghijaukan lagi dunia ini dan hasilnya nanti dapat dinikmati bersama macam pokok rambutan gading yang telah ditanam beberapa tahun lalu, kini telah membuahkan hasil dan semua saudara mara dan rakan-rakan telah merasai buah yang sungguh sedap itu.

Sunday, November 13, 2011

Jalan2 di Ho Chi Minh City 2011

































28 Oct 2011- Ho Chi Minh City

Bersama rakan-rakan geng buang lemak jalan2 di Ho Chi Minh City, Siti dan Radiah shoping habis.  Dulu semasa kanak2 di tahun 1960 an hingga tahun 1970 an kawasan ini dipenuhi oleh American Army (era perang Vietnam).  Dulu kecil2 tak faham apa yang diperangkan cuma sekarang faham yang Amerika ini nak jadi polis antarabangsa.  Semua negara dia nak control, perang Vietnam ni macam perang sauadara la ... ada org Vietnam yang tak suka Amerika sokong komunis (Amerika kata) jadi Vietcong dan yang sokong Ameika (kapitalis) sokong la kerana mereka nak hidup secara ekonomi bebas.

Akhirnya Vietcong menang dan Amerika terpaksa keluar daripada Vietnam.  Kini Vietnam terus maju dan hidup aman damai tanpa ganggu anasir luar.  Kami dapati bandar Ho Chi Minh terus maju dan dikunjungi oleh ramai pelancung, samaada daripada Asia mau pun Eropah.  Semasa di Muzium perang Vietnam saya lihat pelancung American dengan sedih memperhatikan kapal perang meraka dipamerkan di situ.



Sunday, September 11, 2011

Cameron Highland 2011



Cameron Highland 2011



Brinchang Cameron Highland

Cameron Highland 2011

Pada hari raya ke empat, kami menggambil keputusan untuk naik ke Cameron Highland kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarga dengan lebih privicy.  Cameron Highland merupakan tempat kami melarikan diri daripada kesibukan Kuala Lumpur.  Cameron Highland menjadi pilihan kerana cuaca yang agak sejuk dan dekat dengan Kuala Lumpur.  Perjalanan ke Cameron Highland juga telah menjadi mudah setelah laluan Simpang Pulai - Cameron Highland dibuka berbanding laluan Tapah - Cameron Highland yang terlalu berliku serta curan.

eidul fitri 2011

eidul fitri 2011

eidul fitri 2011

eidul fitri 2011

eidul fitri 2011