Sunday, November 28, 2010

Exercise















Hari ini pagi pergi 'exercise' di Tasik Titiwangsa.  Ini merupakan 'exercise' pertama sejak pulang daripada Mekah tahun lepas.  Selama ini tak 'exercise' kerana sibuk dengan rawatan tyroid (ada rasa malas). Ini dalam MC pun keluar juga kerana bosan duduk rumah.  Pada umur dah banyak ini tak boleh 'jogging' lagi, cuma jalan cepat aje.  Pada kali ini hanya buat dua pusingan tasik sahaja dan rehat.  Terasa sakit tekak, mungkin kerana minum iodine dan perlu minum banyak air kosong.  Ini versi orang sakit ............. malas nak bercukur dan berdandan nampak teruk muka kan ........... hahahaha .........

Azwan






Rawatan kaki patah masih diteruskan di Tawakal. Simen telah telah dibuka dan doktor guna fiber pula. Kecederaan masih belum pulih sepenuhnya. Harap-harap bulan Disember boleh baik dan beliau boleh buat 'practical' semula bulan Januari 2011 akan datang.

minum iodine


Penyakit tyroid yang ku hidapi masih belum baik. Ubat carmimazol yang dimakan sejak pulang daripada Mekah tahun lepas perlu dihentikan kerana khuatir ia akan memudaratkan, mengikut doktor ia boleh menyerang som-som tulang dan seterusnya menjadikan badan tiada daya tahan kepada serangan penyakit.  Maka pada 23 November 2010 aku terpaksa menggambil iodine.  Dulu pernah sekali ambil iodine tapi tak baik juga.  Pada kali ini aku rasa badan panas dan letih setelah menggambil iodine tersebut.  MC selama satu minggu, duduk rumah kena kuarantin sangat membosankan.

Wednesday, November 17, 2010

Bowling lagi








Bowling lagi






Bersama rakan-rakan main bowling di Ampang Bowl, Kajang.  Bowling adalah satu permainan seperti Golf, pemain mempunyai bola sendiri dan pemain perlu menunjukkan kemahiran tersendiri dalam menentukan kemenangan dalam permainan ini.  Permainan ini tidak seperti bola sepak atau hoki yang mana 22 pemain kejar satu bola (Sabar aje le).  Sebenarnya saya tak pandai main bowling, Siti yang main untuk pihak saya.  Hahahahahahaha ...................

Hari Terakhir Bella Di ULC







Bella telah menghantar surat penamatan perkhidmatan sebagai Pegawai Pelatih Pengurusan dan saya berharap Bella akan berjaya dalam bidang yang akan diceburi kelak, manakala Khuzaimah telah pulang ke Ibu pejabat UDA. Terima kasih Bella dan selamat berjaya.