Thursday, November 12, 2009

Kampong Kerdas



Barang-barang Siti Fadzilah yang akan dibawa ke Mekah.

Kampong Kerdas



Siti Fadzilah minggu terakhir sebelum ke Mekah (exercise berjalan kaki mengelilingi Tasik Titiwangsa)

Kampong Kerdas

12 November 2009

Bersiap sedia untuk ke Tanah Suci Mekah. Jadual esok (13 November 2009) jam 8.00 pagi harus melapor diri di Komplek Haji Kelana Jaya dan berlepas ke Jeddah melalui KLIA pada jam 12.00 tgh. Hati ini gembira bercampur khuatir kerana pertama kali ke Mekah untuk menunaikan rukun islam ke lima. Di sini saya memohon ampun dan maaf daripada semua rakan-rakan dan saudara mara yang saya tidak berkesempatan menemui anda semua. Saya akan pulang ke Malaysia pada 26 Disember 2009. Lanjutan daripada itu blog ini tidak akan dikemaskini dalam tempoh tersebut. Saya akan membuat cacatan semula selepas pulang daripada tanah suci kemudian.

Monday, November 2, 2009

Kampong Kerdas



basuh pingan ......... jangan tak basuh ........

Kampong Kerdas



Azlan Syafiq & Khairul

Kampong Kerdas



Siti bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah menengah gombak setia.

Kampong Kerdas




Nurul Alia & Sahira Aimi

Kampong Kerdas



Azlan Syafiq & Sahirah Aimi

Kampong Kerdas

31/10/2009

Kenduri doa selamat sempena Azman Mokhtar dan Siti Fadzilah Hussin akan ke Mekah menunaikan rukun islam ke lima. Gembira kerana Azlan Syafiq khatam quran pada masa yang sama, majlis khatam quran juga disertai oleh Sahirah Aimi Kamarudzaman, Farhana Juni dan Nurul Alia Sharom.

Ramai saudara mara, rakan-rakan dan jiran-jiran yang hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis pada hari tersebut. Siti sempat menemui rakan-rakan sekolah menengah dulu. Terima kasih kepada Norbakti Alias yang dapat menghubungi rakan-rakan, Cik Gu Majid serta Cik Gu Saniah untuk hadir dan jadi macam 'gathering' rakan sekolah Siti.

Terima kasih kepada rakan-rakan di ULC dan UDA kerana hadir dan bersusah payah untuk cari jalan ke rumah saya dan akhirnya sampai juga. Terima kasih kepada saudara mara yang datang dan tolong masak. Terima kasih kepada ustaz Mad kerana pinjamkan khemah, meja dan kerusi. Terima kasih kepada semua pihak yang tidak dapat disebut satu persatu kerana menjayakan majlis kenduri tersebut. Jasa dan usaha tuan/puan akan sentiasa dikenang, semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik kepada tuan/puan.