Friday, November 16, 2012

Aidil Fitri ULC 2012


Aidil Fitri ULC 2012


Aidil Fitri 2012 ULC

Hari raya tahun ini ULC masih merayakannya di office tidak seperti tahun-tahun lepas.  Walau bagaimanapun ia tetap meriah.  Terima kasih kepada rakan-rakan, kontraktor, perunding dan semua pelanggan ULC yang memberi sokongan terhadap projek-projek kami. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin.

Thursday, November 15, 2012

KLIA 2012


KLIA 2012


KLIA 2012

Bersama anak-anak menghantar Siti di KLIA untuk berlepas ke Madinah / Mekah untuk umrah 2012

Air Hitam 2012


Wednesday, November 14, 2012

Air Hitam 2012


Air Hitam 2012


Jalan-jalan ke Selatan

Kali ini ke Air Hitam, Johor melawat Intan di UTHM sambil shoping di sana. Ok juga banyak barang kampong boleh didapati di sini.

Sunday, July 22, 2012

Hari Warga Kerja ULSB di Cameron Highland



Awal tahun 2012 dimulakan dengan program hari warga kerja ULSB di Cameron Highland.  Tema tahun ini adalah Arabian Night, gembira melihat rakan-rakan mengayakan pakaian ala arab pada malam tersebut. Manakala persembahan Jabatan Operasi pula adalah 'back to school', best juga kawan-kawan pakai baju sekolah semula.  Persembahan mereka berjaya menjadi johan keseluruhan pada tahun ini.

Salam Ramadan

Saya memohon maaf kepada rakan-rakan dan saudara mara yang diingati kerana telah lama tidak up date blog ini. Kegagalan saya adalah merupakan kelemahan saya sendiri kerana terlalu sibuk dengan rutin harian dan kesihatan yang tidak mengizinkan saya aktif seperti dahulu. Walau bagaimanapun sempena ramadan al mubarak ini saya cuba juga up date aktiviti saya sepanjang bulan Januari 2012 hingga Jun 2012 yang lepas.  Tidak banyak aktivi dilakukan sepanjang tempoh tersebut kerana kesihatan saya yang terbatas sekarang.

Sunday, January 8, 2012

Akhir tahun 2011, bersama Siti telah ke utara untuk majlis perkahwinan anak Eda (Liana) di Pokok Sena, Kedah dan anak En. Hassan Salleh di Tanjung Piandang, Perak.  Menggambil kesempatan untuk ke Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian.

Lepak2 di Alor Star dan sempat menonton wayang di Alor Star Mall cerita Mission In Possible, Tom Cruise lagi hehehehe.

Kali ni tinggal di Grand Crystal berhampiran Masjid Zahir, Alor Setar.  Semasa di Pokok Sena kenduri Eda, rumah dia terletak di tengah bendang / sawah.  Orang tua di sana masih bercakap Siam tapi generasi muda dah tak pandai cakap siam kerana mereka pergi sekolah kebangsaan.  Manakala di Wang Kelian orang Siam boleh bercakap melayu.  Mereka sebenarnya lebih rapat dengan masyarakat melayu.  Kebanyakan mereka masih beragama islam.

Pada hari minggu sempadan Malaysia - Thai dibuka sepanjang satu km, rakyat kedua negara boleh masuk tanpa passport.  Rakyat Malaysia lebih ramai masuk ke Thai untk membeli barang harian.  Pihak berkuasa tiada masalah untuk mengawal kawasan ini kerana tempat ini seperti duduk dalam lembah (valley) hanya ada satu laluan sahaja.  Org ramai tak boleh pergi jauh tanpa pasort yg sempurna.