Sunday, January 8, 2012

Akhir tahun 2011, bersama Siti telah ke utara untuk majlis perkahwinan anak Eda (Liana) di Pokok Sena, Kedah dan anak En. Hassan Salleh di Tanjung Piandang, Perak.  Menggambil kesempatan untuk ke Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian.

Lepak2 di Alor Star dan sempat menonton wayang di Alor Star Mall cerita Mission In Possible, Tom Cruise lagi hehehehe.

Kali ni tinggal di Grand Crystal berhampiran Masjid Zahir, Alor Setar.  Semasa di Pokok Sena kenduri Eda, rumah dia terletak di tengah bendang / sawah.  Orang tua di sana masih bercakap Siam tapi generasi muda dah tak pandai cakap siam kerana mereka pergi sekolah kebangsaan.  Manakala di Wang Kelian orang Siam boleh bercakap melayu.  Mereka sebenarnya lebih rapat dengan masyarakat melayu.  Kebanyakan mereka masih beragama islam.

Pada hari minggu sempadan Malaysia - Thai dibuka sepanjang satu km, rakyat kedua negara boleh masuk tanpa passport.  Rakyat Malaysia lebih ramai masuk ke Thai untk membeli barang harian.  Pihak berkuasa tiada masalah untuk mengawal kawasan ini kerana tempat ini seperti duduk dalam lembah (valley) hanya ada satu laluan sahaja.  Org ramai tak boleh pergi jauh tanpa pasort yg sempurna.