Wednesday, September 23, 2009

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.

Gambar diambil dari rumah percutian Datin Aishah.

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.


Gambar diambil daripada rumah percutian Datin Aishah.

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.


Makan Time .................. Intan, Ismera, Zura dan Siti Fadzilah.

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.


Syafiq, Afrina dan Alysia main pasir ..............

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.


Intan, Alia, Syafiq dan Rizal ....................

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.


OK lah Zura ................. mesti masuk lubang punya ............ Ibrahim senyun aje ..............

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.


anak-anak saudara sedang 'happy hours' Ismera, Zura, Alia, Ibrahim dan trisia termasuk mak saudaranya Kartina Husin.

Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.

Bercuti bersama keluarga di rumah percutian Datin Aishah di pantai Kuala Sungai Baru, Melaka. Hadir keluarga Siti Fatimah Husin, Kamarudzaman Husin, Kartinah Husin dan Siti Fadzillah Husin. Tidak hadir keluarga Siti Salwa Husin yang berhari raya di Johor dan Siti Mastura Husin yang pulang ke Kelantan.

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


1 Syawal 1430. Keluarga Hanif Mokhtar.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


1 Syawal 1430. Azmi bersama anak-anak, menantu dan cucu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


1 Syawal 1430. Zaharah bersama anak-anak dan cucu-cucunya.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


1 Syawal 1430. Shasha, Nana dan Izati. Anak saudara saya yang susah nak ambil gambar.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Bergambar pada 1 Syawal 1430. Bersama Nizam, Hanif dan Azmi.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Bergambar di pagi Syawal 1430. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

1 Shawal 1430, selamat hari raya aidil fitri. Gembira dapat menyambut hari raya bersama keluarga. Tahun ini Mastura beraya di Kelantan, manakala Salwa beraya di Johor. Kak Long dan Kartina sahaja yang beraya di Gombak, walau bagaimanapun hari raya tetap disambut dengan meriah. Ini adalah keluarga sebelah Siti.

Manakala adik beradik saya hanya dapat berkumpul di rumah emak (Kampung Simpang Tiga, Gombak) iaitu Zaharah, Nizam, Azmi dan Hanif. Manakala Azam (di Machang, Kelantan) yang dijadualkan balik tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Fendi (Rembau, Negeri Sembilan) dan Salina (Teluk Intan, Perak) beraya dirumah mentua mereka pada tahun ini. Ini merupakan budaya kita dimana beraya harus mengikut jadual setiap tahun untuk pasangan suami isteri yang mempunyai kampung berbeza. Saya tak ada masalah kerana kami suami isteri sekampung (Gombak, Selangor).

Saturday, September 19, 2009

ULC, BTHO


Bersama kakitangan Jabatan Pemasaran yang diketuai oleh Nadia.

ULC, BTHO


Bersama Nasir, Zawawi, Nurul, Zamri, KJ dan Che Omar sebelum masing-masing pulang ke kampung untuk berhari raya aidil fitri 1430.

Bangunan SUK Selangor, Shah Alam


Tan Sri Khalid Ibrahim semasa memberikan kata-kata aluan pembukaan bengkel.

Bangunan SUK Selangor, Shah Alam


Bersama Hasnah dan Farah semasa bengkel.

Bangunan SUK Selangor, Shah Alam


Razali dan Zamri semasa bengkel.

Bangunan SUK Selangor, Shah Alam

18 September 2009 / 28 Ramadan 1430

Sebelah pagi bersama Farah, Hasnah, Zamri dan Razali menghadiri bengkel deraf panduan pembinan di kawasan bukit dan tanah tinggi, Negeri Selangor bertempat di SUK Selangor, Bengkel ini dipengerusi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor). Semasa bengkel ramai juga nampak kawan-kawan seperti perunding, MPKj, IKRAM dan lain-lain menghadiri bengkel ini. Bengkel ini adalah untuk membincangkan garis panduan pembangunan di kawasan bukit supaya keselamatan semua pihak terjamin.

Sebelah petang sempat ke pejabat sekejap untuk bertemu rakan-rakan untuk bermaaf-maafan sebelum mereka semua pulang berhari raya di kampung masing-masing. Gembira kerana boleh dikatakan semua kakitangan ULC berasal dari kampung-kampung di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Harap-harap pada masa akan datang ada staff daripada Sabah dan Sarawak pula.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin di ucapakan kepada semua rakan-rakan dan keluarga. Diharap dapat memandu dengan berhati-hati dan cermat apabila balik kampung, semoga kita boleh bertemu lagi selepas hari raya ini dan meneruskan tugas-tugas yang masih belum selesai.

Sunday, September 13, 2009

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur


Berbuka puasa bersama anak-anak di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur.

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur


Siti Fadzilah Hussin.

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur


Siti bersama Intan semasa menunggu masa untuk berbuka puasa.

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur


Azwan dan Syafiq berbuka puasa di Ancasa Hotel.

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur

Hari ini gembira kerana dapat berbuka puasa bersama anak-anak. Intan, Azwan dan Syafiq dapat makan / berbuka puasa satu meja macam semasa mereka kecil-kecil dulu. Maklumlah Azwan kalau balik dari kolej pun hanya habiskan masa dan makan minun di rumah Wan. Cucu kesayangan Wan. Selepas berbuka mereka tiga beradik pergi 'shopping' beli baju raya. Tak ikut sama kerana tak mahu rosakkan 'mood' mereka, banyak masalah kalau saya ikut sama kerana baju yang mereka suka nanti saya tak suka dan sebaliknya. Baik jangan ikut, biar mereka beli sendiri. Mereka pun dah besar bukan macam kanak-kanak dulu, semua kita yang buat keputusan.

Begitu cepat masa berlalu, diam tak diam anak-anak semua dah besar. Intan pun dah semester 6, Azwan semester 1 dan Syafiq dalam tingkatan dua. Begitu cepat masa berlalu dan kita pun dah tua dan selalu juga tinggal berdua suami isteri sahaja apabila Syafiq pergi 'tuition'. ini lah yang dialami oleh mak bapa kita dulu apabila kita meninggalkan rumah untuk belajar atau kahwin dulu.

Wednesday, September 9, 2009

Masjid Al Syakirin, Gombak


DYMM Sultan Selangor, Tengku Amir, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato' Hassan Ali.

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur


Azizi, Isa, Taban dan Che Omar. Dah buka puasa ............... boleh lah bergurau ............. seronok la tu ........................

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur


Farah, Zalina, Nadia, Sharifah dan Hazlin. Seronok la tu dah buka puasa ...............

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur


Bersama Farah dan Zalina sedang menunggu waktu berbuka puasa.

Tuesday, September 8, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Hari ini 8 September 2009 / 18 Ramadan 1430 hijrah.

Sempat menghadiri dua majlis berbuka puasa. Pada awalnya berbuka puasa bersama anak yatim anjuran UDA Holdings Berhad di Ancasa Hotel Kuala Lumpur dan kemudiannya sempat bertarawih di Masjid Al Syakirin, Gombak. Di masjid Al Syakirin diadakan majlis bersama anak yatim, ibu tunggal dan saudara baru. Sumbangan diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sunday, September 6, 2009

Pantai Jeram, Selangor, Malaysia


Senja di Pantai Jeram, semasa menunggu waktu berbuka puasa.

Pantai Jeram, Selangor, Malaysia


Pemandangan dari Medan Ikan Bakar. Pantai Jeram ini terletak 70 km dari Kuala Lumpur.

Pantai Jeram, Selangor, Malaysia


Jamal, Nasir, Syed, Majid dan Ros gembira selepas buka puasa dengan ketam, udang dan ikan bakar. Makan di sini murah aje ......... semua berpuas hati. Harap-harap boleh datang lagi .......................

Pantai Jeram, Selangor, Malaysia


Bersama Jamal dan Ismi menunggu waktu berbuka puasa.

Pantai Jeram, Selangor, Malaysia


15 Ramadan (5/9/09), Berbuka puasa bersama staff RSS, gembira menunggu waktu berbuka puasa di Medan Ikan Bakar, Pantai Jeram, Selangor, Malaysia. Dalam gambar ialah Nasir, Jamal, Ismi, Syed, Majid, Zawawi, Zakiran dan Zamri turut serta Ros, Siti, Intan & Syafiq.