Monday, August 31, 2009

Merdeka Merdeka Merdeka

Hari ini 31 Ogos 2009, hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52 tahun. Sambutan tahun ini di buat di Parlimen bukannya di Dataran Merdeka seperti tahun-tahun yang lepas kerana masalah penyebaran virus H1N1(selesema babi). Sambutan agak sederhana dan malam tadi pun saya terlupa yang esok (hari ini) merdeka, tak ikut pun ........ ada ke sambutan diambang merdeka seperti kebiasaannya ........... tak apa lah apa yang penting kesedaran kita mengenai kemerdekan. Bagaimana kita mengisi kemerdekan ini ............. Ingat kita perlu mepertahankan kemerdekaan ini, kita baru sahaja merdeka selama 52 tahun dan pernah terjajah melebihi 400 tahun (1511 - 1956). Pembangunan fizikal memang dapat dilihat dengan jelas, kita negara telah merdeka tapi bagaimana dengan pemikiran kita ..................... adakah telah merdeka ................... penjajah telah lama meninggalkan kita tapi mereka telah menanamkan ideologi mereka difikiran kita ............ lu pikir la sendiri ......................

Teringat semasa di tingkatan 6 dulu, Malik Hamzah orang yang selalu meneriakkan perkataan Merdeka, Merdeka, Merdeka (bukan di bulan kemerdekan pun) ................... suka sangat dia dengan perkataan keramat ni .......... teringat kepada kawan-kawan semasa remaja dulu seperti Buyong Adil, Roslan Omar, Azmy Long, Mohd Amin, Fauziah, Radziah, Sharifah Nora .................dan guru sejarah ............Cik Gu Adi Satria ...... dimana anda semua pada masa ini ............... teringat aktiviti yang kita pernah buat dulu ............ jalan-jalan dan ronda-ronda KL .................... adakah anda semua telah merdeka ?????? ...........................

Kini setelah veteran dan banyak berjalan ke tempat orang, saya merasai kita harus bersyukur yang kita berada di bumi bertuah bernama Malaysia yang aman damai dan harus dipelihara keamanan ini untuk terus dinikmati oleh genarasi kita akan datang. Amin ..........

Azwan dan kawan-kawannya telah pulang ke Kolej malam tadi kerana banyak assignment nak buat, manakala Intan malam tadi menerima berita Kakak kepada Aida (room mate) telah meninggal dunia kerana komplikasi disebabkan oleh H1N1. Intan serta kawan-kawan lain (budak Poly) telah pergi ke Ipoh untuk menziarahi jenazah malam tadi. Kita kalau tiada kawan-kawan atau saudara mara yang terkena H1N1, kita selalu anggap mudah dan tidak mengambil perlindungan terhadap wabak ini. Saya berharap semua kita dapat berhati-hati dengan H1N1 ini kerana ia merupakan satu pendamic yang sangat merbahaya. Ya Allah lindungilah kami dan semua rakyat Malaysia daripada wabak ini dan akhirilah wabak ini dengan segera. Amin ................

Sunday, August 30, 2009

Ramadan 1430 / 2009

Hari ini dah sembilan hari kita berpuasa. Semua berjalan lancar dan tiada masalah sama ada di rumah atau di pejabat. Kerja di site slow sikit ........... panas ...... Buka puasa tahun ni cuma makan yang ringan sahaja (kueh & roti), nasi hanya waktu sahur sahaja. Minggu ni anak-anak balik (Azwan & Intan) untuk buka puasa di rumah. Azwan bawa kawan-kawan kolej (Asraf dari Johor dan Syazmi dari Kota Bharu, Kelantan). Hari pertama berpuasa, Intan bawa balik untuk berbuka puasa di rumah rakan sebiliknya. (Aida dari Ipoh).

Keadaan ini juga mengingatkan cerita lama semasa saya di Asrama Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh, Kelantan dulu. Kadang-kadang ada juga ikut kawan-kawan balik rumah mereka untuk buka puasa. Sekarang anak-anak pula bawa balik kawan-kawan ke rumah untuk buka puasa. Hari ini Siti bercadang untuk masak nasi ayam untuk mereka kerana mereka nak balik ke Kolej malam ini.

Solat terawih juga berjalan lancar. Tahun ni solat di Masjid Syakirin, masjid dekat rumah aje ..... buat 20 rakaat dan tiga witir, tazkirah dibuat sebelum solat Ishak. o.k lah boleh layan juga, ramai juga nampak rakan-rakan kampung buat solat terawih tapi yang penuh hanya sampai lapan rakaat aje ........... lepas tu semua balik ...............................

Pakaian raya semua dah 'settle' dah beli semasa di Bandung tempoh hari ........... kalau nak beli pun cuma baju melayu anak-anak, cadang nak beli yang dah siap aje. Minggu lepas tenguk kat Jaya Jusco banyak (cantik dan murah) tak perlu susah-susah nak tempah. Tailor pun dah tak mampu nak jahit lagi .....................

Zakat fitrah belum bayar, cadang minggu depan baru nak bayar. Cadang-cadang nak bayar di PPZ wangsa maju seperti tahun-tahun yang lepas.

Minggu depan ada cadangan daripada Site Staff untuk buka puasa bersama di luar ........ o.k juga, Zamri (Jurutera Tapak) dah arrange, kita ikut aje la ............ ni kan tradisi seperti tahun-tahun yang lepas.

Thursday, August 20, 2009

Selamat menyambut ramadan al mubarak

Sebentar tadi penyimpan mohor besar raja-raja melayu mengistiharkan puasa akan bermula pada hari sabtu 22/8/2009. Selamat berpuasa dan bertarawih kepada semua umat islam semoga bulan ramadan ini memberkati kita semua.

Monday, August 17, 2009

Kursus modal insan


roslan dan haslan semasa kursus modal insan di ancasa hotel, pd.

Kursus modal insan


Bersama radzif dan rozi dalam kursus tersebut.

Wednesday, August 12, 2009

Memoir Bandung 2009

6 Ogos 2009 hingga 9 Ogos 2009 berada di Bandung, Indonesia. Pada waktu tersebut Nordin M Top penganas yang paling dikehendaki telah dikepong di kawasan Beji, Kedu, Temanggung, Jawa Tengah, Indonesia. Kita dapat melihat peristiwa pengepongan (tembak menembak) melalui TVRI. Laporan menyatakan Nordin M Top telah terbunuh setelah berlaku tembak menembak selama 18 jam. Jenazah Nordin M Top telah dibawa ke Jakarta untuk post morten. Pada masa tersebut mereka yakin jenazah tersebut adalah Nordin M Top tetapi tidak dapat mengesahkannya tanpa siasatan lanjut.

Dalam perjalanan dari Jakarta ke Bandung juga ternampak 'bill board' besar menunjukkan Manohara (isteri kerabat Kelantan) telah jadi pelakon filem, tapi dah lupa cerita apa ................... Semasa 'shoping' di Pasar Baru, Bandung juga terdapat tudung Manohara. Walau bagaimanapun cerita Manohara dah tak panas macam mula-mula dia lari dulu.

Setelah pulang ke Malaysia saya teringat seorang pemuda yang jual beg di jalanan. Tak tahu la .............. mengapa saya teringat pada pemuda seorang ni............. mungkin selama berada di Bandung sentiasa terjumpa pemuda ini dan saya tak beli barang jualannya. Bila balik Malaysia rasa menyesal kenapa tak beli barangnya atau sedekah aje beberapa RM ................ Keadaan yang sama juga berlaku semasa baru pulang dari Bali dulu .... teringat gadis penjual 'post card'. Semasa pulang dari Solo, Jogjakarta tak pula rasa macam ni ........ mungkin dulu saya beli dari gadis yang jual baju semasa di Burobudur. Saya rasa terharu juga dengan semangat gadis tu ......... dia rayu suruh beli dari puncak Burobudur hingga ke 'tourist centre'.

Hidup mereka penuh dengan 'struggle for survival', kesian mereka. Semasa di sana kita sentiasa diekori oleh penjaja jalanan dan juga peminta sedekah. Tak tahu lah ............... kecil-kecil dah terpaksa menjaja barangan di jalanan dan juga meminta sedekah.............. betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia ini dan anak-anak kita boleh ke sekolah dan tidak perlu menjaja di jalan atau meminta sedekah.

Pengajaran daripada catatan perjalanan ini adalah kita bertuah berada di bumi bernama Malaysia, boleh hidup aman damai dalam zon selesa. Hargailah kemerdekaan yang kita ada peliharalah kemerdekaan kita. amin.

Tuesday, August 11, 2009

Bandung, Indonesia



Kawah gunung berapi yang masih aktif di Tangkuban Perahu, Bandung, Indonesia.

Bandung, Indonesia


Ini lah tiga mak dara di Tangkuban Perahu. Study gunung berapi .......... sebab tu lah semua garang-garang .......... takut jangan dekat ......

Jakarta, Indonesia


Bersama Siti semasa berada di Bung Karno Hatta Airport Jakarta.

Jakarta, Indonesia


Rakan-rakan semasa berada di Bung Karno Hatta Airport, Jakarta.

Bandung, Indonesia

Siti bersama Kak Mah shoping di Donatelo.

Bandung, Indonesia


Bersama Siti di Tangkuban Perahu, Bandung.

Bandung, Indonesia







Rakan-rakan semasa berada di Tangkupan Perahu, Bandung.


9 Ogos 2009. Selamat hari lahir Siti Fadzilah Hussin. We love you.

Monday, August 3, 2009

ISA

apa tu ISA ................ entahlah tak tahu, akta ISA adalah akta yang digubal semasa darurat dulu iaitu semasa zaman komunis ....... ok lah tu. tapi digunakan sampai sekarang ?. Sekarang kita tak cukup ke undang-undang yang ada ?.............. masih nak guna ISA. ok lah kalau untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia tapi kenapa tangkap orang tanpa perbicaraan, tak boleh ke dibicarakan di mahkamah. Guna lah apa-apa enakmen/kanun ke, apa-apa aje lah supaya adil.

Kita rakyat Malaysia tak perlu takut dengan ISA, kalau tak buat salah tak la kena tangkap. Jangan melanggar undang-undang, ok la boleh hidup aman. Ramai sangat ke .............. yang kena ISA berbanding rakyat Malaysia keseluruhannya sampai bising 1 Malaysia. Tapi pelik juga ya ............. kerana ramai juga orang yang turun ke jalan raya untuk berdemostrasi atau menyokong gerakan membantah ISA (GMI) ini. Mungkin kita tak ambil pot dengan ISA ni kerana kita atau keluarga kita tak kena atau terlibat secara langsung. Kita kini berada dalam 'zon selesa' ...........kalau ada yang kena amacam ?.

Tindakan mereka memang menyusahkan peniaga kerana tak boleh berniaga dan pemandu kenderaan pula terkandas kerana semua jalan jam. Adakah GMI telah mencapai maklamat dalam demo pada 1 Ogos 2009 yang lepas dan siapa yang dapat keuntungan ............... daripada peristiwa ini. Habis yang kena tangkap tu apa nak jadi ............... mereka dan keluarga mereka juga yang susah ...............

lu pikir sendiri la.....................

Saturday, August 1, 2009

Bulan Kemerdekaan

Hari ini 1 Ogos 2009, bulan kemerdekaan datang lagi. Merdeka 1957 - 2009, selama 52 tahun......... apa pencapaian kita. Malaysia negara sedang membangun atau negara maju ?........ Pagi ini bangun solat subuh dan keluar jogging di Tasik Titiwangsa, dicelah-celah pohon kelihatan bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur berbalam-balam kerana matahari baru nak naik atau mungkin jerubu. Dari segi fizikal memang kuala Lumpur banyak berubah, pemerhati sepanjang 20 tahun kebelakang ini.

Teringat masa sekolah rendah dulu, Guru sejarah Cik Gu Aziz Abu mengajar sejarah dimana Melaka mula-mula dijajah oleh Portugis pada tahun 1511. Sebab apa dijajah, kerana Sultan Melaka pada masa itu zalim dan tak kuat. Orang-orang melayu berpecah belah, tak ada lagi pahlawan melayu seperti Hang Tuah atau Tun Perak untuk meminpin orang-orang melayu.

Semasa di sekolah menengah belajar sejarah mengenai campur tanggan British di negeri-negeri melayu. Ini berlaku kerana kegagalan raja-raja melayu dan peminpin melayu untuk bersatu. Kejadian ini berlaku kerana ketamakan peminpin melayu dan bergaduh sesama sendiri. Maka negara terus dijajah sehingga 1956.

Dalam bulan kemerdekaan ini terkenang kisah-kisah pahlawan melayu yang berjuang untuk menentang penjajah. Pahlawan-pahlawan melayu seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Maharaja Lela, Tok Sagor, Tok Janggut dan lain-lain yang saya tak ingat dan tak tahu adalah merupakan perwira negara. Mereka lebih dulu bangun menentang penjajah dan inginkan kemerdekaan kepada negara kita ini. Saya menyanjung tinggi pengorbanan mereka terhadap tanah air ini. Biar lah pada masa dulu mereka dianggap pengkhianat atau penganas oleh penjajah, tapi kita menganggap mereka adalah pejuang tulen yang mahukan kemerdekaan negara ini. Al fathihah untuk mereka semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Mereka adalah orang-orang yang berjuang menuntut kemerdekaan. Kita adalah generasi yang mengisi kemerdekaan. Dalam proses mengisi kemerdekaan ini kita dapat melihat banyak golongan orang yang timbul mengisi kemerdekaan ini. Bermacam-macam ragam manusia yang dapat kita lihat sekarang. Ada orang yang benar-benar ingin maju, ada orang yang ambil kesempatan diatas kesususahan orang lain. Manusia menjadi terlalu kompleks untuk dibaca dan diadili.

Pada hari ini kita sudah tidak tahu siapa kawan dan siapa lawan lagi. Apa-apa boleh berlaku seperti dalam politik, hari ini lawan tapi esok kawan atau sebaliknya. Kita perlu ingat anasir-anasir luar masih cuba untuk menjajah kita semula. Memang kita telah merdeka secara fizikal tapi adakah minda kita telah merdeka.