Sunday, September 12, 2010

Peristiwa Dunia

Hari ini 10 September 2010 (Shawal 3). Berada di Kuala Sungai Baru, Melaka.  Bulan Ogos dan September (Puasa bulan Ramadan) aku tak buat apa-apa, cuma membuat pemerhatian terhadap beberapa peristiwa dunia.

Malaysia menyambut kemerdekaan ke 53 tahun, namun jiran terdekat Indonesia melalui Kumpulan Bendera membuat demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta .... ganyang Malaysia.  Mereka membakar bendera Malaysia dan melempar najis ke bangunan kedutaan Malaysia. Aku tak faham tindakan mereka yang biadap dan kurang ajar tersebut.  Sekiranya masalah kecil berlaku, biarlah pemereintah kedua negara selesaikan dalam kontek hubungan dua hala, tak perlu demo dan bakar bendera Malaysia.  Aku marah juga mereka bakar bendera Malaysia tapi lebih resional untuk bersabar. Aku juga berpendapat rakyat Malaysia lebih rasional dalam hal ini dan tidak membesar-besarkan isu tersebut.  Banyak kerja lain nak buat dan fikirkan bagi menuju negara maju dan berpendapatan tinggi daripada melayan kerenah orang-orang yang tak sekolah ini.  Tapi sebenarnya majoriti rakyat Indonesia tak setuju dengan tindakan bendera ni.  Bendera hanya minoriti sahaja, ramai rakyai Indonesia lebih rasional dan pragmatik dalam hubungan dua negara jiran tetangga yang menpunyai hubungan kekeluargaan yang rapat sejak zaman dahulu lagi.

Kemudian merayan kerenah paderi Terry Jones yang cadang nak bakar Kitab Suci Al Quran.  Dia nak marah kerana peristiwa 911 dan anggap kitab suci al quran sebagai membawa ajaran ke arah keganasan.  sampai Barack Obama dan Hiliry Clinton terpaksa campur tangan.  Terry Jones ini kecil sahaja dan cuma nak cari publisiti aje............ aku harap perkara ini dapat diselesai dengan baik dan segera supaya kita dapt hidup aman damai.  Aku juga berharap pusat islam yang dicadangkan berhampiran ground zero dapat menjadi realiti dan tidak berganjak dengan tuntutan Tery Jones.