Wednesday, October 13, 2010

10-10-10

Pada awalnya tarikh 10-10-10 menjanjikan kegembiraan, ramai yang nak berkahwin.  Sebelah tengah hari aku telah menghadiri majlis perkahwinan adik Fatimah Al Zahrah di Puncak Perdana.  Satu majlis perkahwinan yang meriah dan nampak juga kawan-kawan lain yang menghadiri majlis tersebut.

Pada tarikh tersebut juga terjadi peristiwa malang bas ekspress bertembung dengan bas lain serta beberapa buah kereta dan motosikal mengakibatkan 12 kematian sangat mendukacitakan banyak pihak (kemalangan berhampiran tol Simpang Ampat).  Pada kemalangan bas tersebut Intan dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat untuk pulang ke Universiti Tun Hussein Onn.  Beliau terpaksa menunggu di tepi jalan (lepas tol senawang) selama 5 jam memberi laluan kepada pasukan bantuan membersihkan kawasan kemalangan.

Pada tarikh yang sama (tengah hari) juga aku menerima panggilan daripada Mansor Mordipi melaporkan kemalangan motosikal depan office, juga mengakibatkan kematian sedangkan pada 9-10-10 kami telah membincang langkah-langkah untuk membendung rempit di kawasan tersebut.  Che Omar juga telah diarahkan untuk membina 'speed breaker' di hadapan office ULC.  Malang sungguh kerana kami belum sempat membuat tindakan mencegah, kemalangan maut telah terjadi.