Sunday, November 13, 2011

Jalan2 di Ho Chi Minh City 2011

































28 Oct 2011- Ho Chi Minh City

Bersama rakan-rakan geng buang lemak jalan2 di Ho Chi Minh City, Siti dan Radiah shoping habis.  Dulu semasa kanak2 di tahun 1960 an hingga tahun 1970 an kawasan ini dipenuhi oleh American Army (era perang Vietnam).  Dulu kecil2 tak faham apa yang diperangkan cuma sekarang faham yang Amerika ini nak jadi polis antarabangsa.  Semua negara dia nak control, perang Vietnam ni macam perang sauadara la ... ada org Vietnam yang tak suka Amerika sokong komunis (Amerika kata) jadi Vietcong dan yang sokong Ameika (kapitalis) sokong la kerana mereka nak hidup secara ekonomi bebas.

Akhirnya Vietcong menang dan Amerika terpaksa keluar daripada Vietnam.  Kini Vietnam terus maju dan hidup aman damai tanpa ganggu anasir luar.  Kami dapati bandar Ho Chi Minh terus maju dan dikunjungi oleh ramai pelancung, samaada daripada Asia mau pun Eropah.  Semasa di Muzium perang Vietnam saya lihat pelancung American dengan sedih memperhatikan kapal perang meraka dipamerkan di situ.