Friday, July 31, 2009

Kuantan 2009


Bersama rakan-rakan di tapak projek ULE, Kuantan, Pahang.

Kuantan 2009


Bersama rakan-rakan di pejabat jualan ULE di Kuantan, Pahang

Minggu terakhir Julai 2009

28 Julai 2009, wacana bersama Pengarah Urusan (MD). Bulan ini mendapat kenaikan gaji dan bonus yang lumayan. MD mengingatkan kakitangan untuk bekerja lebih kuat dan rajin bagi memastikan pendapatan syarikat meningkat dan terus berdayamaju untuk tahun-tahun akan datang. MD juga mengingatkan supaya kakitangan bekerjasama, jauhkan perasaan hasad dengki antara satu sama lain dan terapkan semangat bersyukur dengan apa yang ada serta redha dengan ketentuan ilahi. Ya Allah, terima kasih dan syukur alhamdulilah terhadap rezeki yang melimpah ruah yang telah kau berikan.

29 & 30 Julai 2009, bersama rakan-rakan membuat lawatan kerja ke Kuantan. Melihat projek ULE serta sama-sama berkongsi pengalaman dalam melaksanakan projek.

31 Julai 2009, Ke KPJ Kajang mendapatkan suntikan vaksin influenza tapi tak cukup vaksin. Hanya rakan-rakan sahaja yang ambil dan saya akan menggambilnya minggu depan. Sehingga hari ini lima orang telah terkorban akibat virus H1N1 di Malaysia. Terima kasih kepada pengurusan syarikat kerana membenarkan kita menggambil suntikan vaksin influenza bagi menghadapi virus H1N1.

Monday, July 27, 2009

H1N1

Hari ini buletin utama melaporkan H1N1 (influenza A@selsema babi) telah memakan korban kedua di Malaysia. Nampaknya virus ini telah mula merebak dengan pantas di negara kita. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan kurang berkesan dan nampak macam hilang punca. Banyak sekolah dan IPTA/IPTS kena tutup bagi mengelakkan penularan virus ini. Dalam fikir-fikir secara 'lay man' kita ni sebenarnya mana dia datang virus ini dengan tiba-tiba aje. Mana selsema burung, tiba-tiba lenyap.... tak tahu kemana virus tu.............

Sejak kanak-kanak kita disogok dengan banyak virus, dulu masa kanak-kanak dengan penyakit deman kepialu, deman malaria dan deman denggi yang teruk sekali dan menjadi masalah sehingga kini. Penyakit ini kita boleh faham dia datang daripada nyamuk dan kita kena kawal tempat pembiakan nyamuk aje dan boleh 'settle' masalah. Cerita denggi pun tenggelam oleh H1N1 ni.

Tahun 1970 -1980an dulu selalu penyakit taun, selepas aje banjir mesti timbul taun. Itu boleh faham lah penyakit bawaan air kotor.................. dulu kenangan di asrama (dorm) ada kawan yang kena penyakit ni buang air dari katil dia sampai bilik air. Boleh tahan juga bau ........... ha...ha.......ha........

Tahun 1990an kita dikejutkan dengan penyakit aids, ramai yang mati kerana aids. Aids berpunca daripada seks luar tabiee (homoseks atau penagih dadah 'sharing' jarum) tapi sekarang dah senyap, mungkin orang dah tak ambil hal lagi dengan penyakit ini.

Tahun millinium (2000 - 2009) kita dikejutkan dengan JE, habis semua babi kena tembak. Kemudian selsema burung, habis semua ayam/itik/burung kena bunuh. Sekarang selsema babi, siapa nak kena bunuh pulak..........ha.....ha.....ha. Cerita ni macam penyebaran virus komputer, nanti mesti kena reka anti virus macam avira tu.

Agak-agak lepas ni penyakit ape ye.............. aku rasa saranan pengerusi dalam KPI pagi tadi bagus juga, kita patut ambil suntikan vaksin H1N1 sebelum program jalan-jalan akan datang.

Sunday, July 26, 2009

Majlis Perkahwinan

25 Julai 2009

Semalam menghadiri majlis perkahwinan (menyambut menantu) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Semua berjalan lancar dengan aturcara majlis yang kemas dan teratur. Program bermula dengan ketibaan para tetamu, ketibaan pengantin, doa selamat, makan malam dan bersurai. Majlis perkahwinan dengan tema 'garden party' serta pakaian warna ungu oleh saudara mara memeriahkan lagi majlis tersebut. Program juga diselitkan dengan 'power point presentation' dan video pengantin dari detik perkenalan hingga ke jinjang pelamin. Majlis juga diserikan dengan persembahan 'live' lagu-lagu tradisional diiringi gesikan biola yang lembut. Semasa menikmati hidangan bersama tetamu lain aku sempat memutar memori kepada majlis perkahwinan yang pernah dihadiri sebelum ini.

Sabak Bernam Selangor 1960 an

Majlis perkahwinan mak su, aku ingat masa tu arwah ayah adalah orang yang paling sibuk. maklumlah arwah ayah anak yang sulong, semua dia kena buat. Masa tu aku tak tahu apa-apa, sebagai kanak-kanak cuma seronok kerana orang ramai dan banyak makanan. Masa tu semua orang sibuk, ayah bertukang buat pelamin dalam rumah. Orang perempuan sibuk masak-masak di dapur dan buat bunga telor. Orang lelaki sibuk buat khemah daripada batang buluh aje. Semua kerja dibuar secara gotong royong.

Satu lagi majlis perkahwinan saudara sekitar tahun 1960 an juga di Sabak Bernam meninggal kenangan iaitu lembu untuk disembelih bagi jamuan kenduri terlepas dan terpaksa orang satu kampong mengejar lembu.

Gombak Selangor 1970 an

Majlis perkahwinan anak jiran di Kampong Simpang Tiga, masih dilaksanakan secara gotong royong. Khemah pada masa tu dah mula guna besi dan atap zing (sekarang orang kata khemah cina mati). Cara makan masih lagi menggunakan hidangan tapi air masih sama iaitu air sirap (Syafiq selalu komen kalau pergi rumah orang kawin mesti air sirap). Kompang digunakan untuk mengiringi mempelai.

Gombak Selangor 1980 an

Majlis perkahwinan kawan-kawan. Tahun 1980 an kawan-kawan dah mula naik pelamin terutama yang wanita, yang laki-laki lambat sikit. Majlis perkahwinan tetap sama macam 1970 an cuma pada masa tu dah mula ada 'live' band dan joget lambak ..... maklumlah masa tu masa jahiliah. Walau pun ada 'live' band kompang masih digunakan untuk mengarak pengantin. (Siti apabila dengar kompang akan menangis kerana semua kawan-kawan dah kahwin, dia belum lagi kahwin).

Gombak Selangor tahun 1990 an

Majlis perkahwinan tetap sama macam tahun 1980 an cuma sekarang khemah dah berubah, cantik sikit dan dah mula ada 'scallop' dan dihias indah tapi cara makan dah berubah sekarang guna 'buffet style' dah tak ada 'man power'. Budak-budak kampong dah tak minat nak jadi penangah tapi sekarang tak 'live band' lagi. Semua dah dakwah, tak boleh haram .......... kompang o.k. masih guna.

Kuala Lumpur millinium

Majlis perkahwinan anak kawan-kawan. Sekarang semua dah mula buat kat dewan atau yang ada lebih budget buat di hotel atau rumah kelab. Hantaran pun dah gila-gila, tak ada ribu-ribu lagi semua puloh-puloh ribu (no money no talk) sabar aje le ............ nak buat macam mana dah 'trend' macam tu..... nak buat kat rumah tak ada tempat, masalah 'parking' lagi. Faham-faham la ... memang kena buat di tempat tu juga.......tiada pilihan. Sekarang dah tak ada 'term' gotong royong lagi semua upah orang buat dan bayar le... tak ada masak-masak sendiri lagi, semua katerer. Bunga telor juga dah tiada digantikan dengan coklat atau gula-gula dalam bekas yang menarik (tak payah susah-susah buat beli aje kat nilai 3, banyak belambak dan murah aje...) . Kompang pula dah guna CD aje, mungkin budak-budak dah tak minat nak palu kompang. Sakit tangan dan takut kasar tapak tangan agaknya. Rasa-rasanya tak ada 'feel' la kalau tak guna kompang betul. Mungkin budak-budak muda dah tak ada 'feeling' dengan kompang berbanding orang veteran. (agaknye...) Bapa pengantin pun mudah sekarang, tak payah pening-pening nak fikir macam mana nak buat majlis perkahwinan ni, lantik aje 'event manager' semua beres. Dulu lepas majlis bapa dan mak pengantin pengsan keletihan tapi sekarang tak ada apa-apa cuma tunggu kat 'entrance' bawa 'hand beg' salam keruk.... mashuk.............

Lamunan aku terhenti apabila DJ memaklumkan bapa penggantin dijemput untuk memberikan ucapan kepada tetamu begitu cepat masa berlalu dan kita berubah mengikut kitaran zaman, tak tahu la apa akan jadi pada masa akan datang.....

Friday, July 24, 2009

Jerubu

Hari ini semasa memandu balik sekitar jam 6.30 petang di bulatan cheras, dj klfm memaklumkan jerubu di lembah kelang semakin baik tapi tak cakap pun berapa ipu ?....

Sambil memandu otak ligat kembali ke tahun 1985 dimana aku mula mendengar perkataan jerubu, masa tu boss aku di UDA membuat lawak (agak-agak dia nak jadi raja lawak, tapi masa tu tak ada program realiti lagi. kesian dia...) agak janggal juga dengar perkataan 'jerubu' pada masa tu tapi sekarang macam biasa aje... tahun 2000 kalau tak silap jerubu teruk... opis terpaksa bekalkan 'musk' topeng / penutup hidung. Semasa pergi 'site' pun kena pakai....

Ini lah gara-gara tangan manusia merosakan alam sekitar, terpaksa tanggung sendiri.

Thursday, July 23, 2009

Melihat gerhana matahari


22 Julai 2009 -Bersama Lin, Isa, KJ, Nadia, Farah, Ila, Azhar dan Samsuri melihat fenomena gerhana matahari 2009 di hadapan ULC BTHO.

Melihat gerhana matahari


22 Julai 2009 - Bersama rakan melihat fenomena gerhana matahari.

ULC


22 Julai 2009 - Majlis ilmu di ULC, Zamri Ya, Azizul, Zamri Ahmad, Che Omar dan lain-lain.

Kolej Komuniti Hulu Selangor


21 Julai 2009 - minggu Suaikenal

Kolej Komuniti Hulu Selangor


21 Julai 2009 - Azwan mendaftar sebagai pelajar semester 1.

Masjid Negara Kuala Lumpur


20 Julai 2009 - Kursus haji intensif

Masjid Al Syakirin, Gombak

19 Julai 2009 - Bersama jamaah lain di masjid Al Syakirin.

Minggu yang sibuk

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk. Mengikuti majlis ilmu di Masjid Al Syakirin dibawah bimbingan Ustaz Badrol Amin, Kursus Haji Intensif di Masjid Negara, Azwan mendaftar di Kolej Komuniti Hulu Selangor dan majlis ilmu di ULC dibawah bimbingan Ustaz Zulkarnian Hamzah. Kerja-kerja harian yang masih belum beres dan memerlukan komitmen yang tinggi.

Monday, July 20, 2009

Selamat Hari Lahir


19 Julai 2009, Selamat hari lahir Azlan Syafiq. We LOVE you.

Thursday, July 16, 2009

Kemaman 2006


Bersama rakan-rakan minum kopi di Kopi Haiping, Kemaman.

Kuala Trengganu 2006


Bersama rakan-rakan ULC & ULE.

Wednesday, July 15, 2009

Team Building 2006


Bersama rakan-rakan berakit di Hulu Selangor. Zamri, Zaidi, Fatimah, Nadia & Shamzaimah.

ULC Colours 2007


Bersama rakan-rakan di ULC. Abby, Rusmajidah, Rakiah & Mas.

Thursday, July 9, 2009

ULC Colours 2007


Bersama rakan-rakan di Bagan Lalang.

ULC Colours 2007


Mahathir, Wazir, Abby, Rosmawati, Suria & Farah. Bukit Bintang Plaza. Merdeka 2007.

ULC Colours 2007


Bersama Jufri semasa pelancaran Avenue 1, BTHO.

Sunday, July 5, 2009

Memori 2008


Adila@intan practical di ULC.

Saturday, July 4, 2009

Gerisik, Muar Johor.


Aidil Fitri 2008. Bersama siti, intan & syafiq

Gerisik, Muar Johor.


Bersama keluarga semasa aidil fitri 2008.