go green .... preserve the environment for future generation. The world is not ours but belongs to the future generation.... Azman Mokhtar Hassan. Kuala Lumpur. Malaysia.
Sunday, February 27, 2011
Maulidul Rasul 2011
23 Feb 2011, ULC mengadakan Majlis Maulidul Rasul 2011. Bersama rakan-rakan berselawat dan berzanji sempena majlis Maulidul Rasul. Terima kasih kepada Saudara Wazir serta Che Omar yang bekerja keras menjayakan majlis ini.
Saturday, February 26, 2011
Penentuan Kiblat Masjid BTHO
23 Feb 2011, Gembira kerana masjid BTHO akan menjadi realiti setelah 20 tahun BTHO dibina. Ini merupakan kali kedua terlibat dalam pembinaan masjid, kali pertama dulu bina surau Al Amin BTHO dan kini Masjid BTHO. Alhamdullilah. Bersama rakan-rakan menyaksikan penentuan kiblat oleh JAIS.
Thursday, February 10, 2011
Padang Changkat, Bota Kanan, Parit, Perak.
Balik daripada PD pergi Bota untuk makan durian, pergi ok tak jam tapi masa balik teruk jam. Masuk Rawang untuk solat maghrib dan cadang untuk jalan lama aje balik Gombak tapi sesat. Jalan dah banyak berubah dan gelap, Siti dah mula marah-marah. apa lagi muncung lah dalam kereta apabila dah tak tahan kena leter.
Port Dickson
Bersama anak-anak bercuti di Port Dickson semasa cuti CNY 2011. Pergi ikut Lebuhraya KL - Seremban - PD, 118 KM dan balik ikut jalan PD - Sepang - KL (Lebuhraya MEX), 119 KM. Ok juga jalan balik tu cuma jam di Bukit Pelanduk (Kawasan Penyakit JE dulu). Jalan kecil dan jambatan serta lampu isyarat di Sepang tu yang buat jam sikit aje. Lepas tu masuk aje Lebuhraya MEX perjalanan lancar, cuma kena berhati-hati ikut papan tanda kerana khuatir tersalah jalan aje dan terus masuk ke Putrajaya. Itu yang tak bestnya kena bayar tol lebih nanti macam hari itu semasa pergi Sepang salah jalan masuk Putrajaya dan makin jauh pula perjalanan nak balik.
Thursday, February 3, 2011
Pizza Time
31 Januari 2011, bersama anak-anak menghabiskan masa di Pizaa Hut untuk makan malam. Seronok juga anak-anak nak makan pizza bersama kerana dah lama tak dapat duduk bersama macam ini. Anak-anak dah remaja dan agak sukar untuk duduk bersama dan keluar jalan-jalan bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)