go green .... preserve the environment for future generation. The world is not ours but belongs to the future generation.... Azman Mokhtar Hassan. Kuala Lumpur. Malaysia.
Monday, November 8, 2010
Sun set di Kuala Sg. Baru
Bersama Siti di pantai Kuala Sg. Baru, Melaka melihat keindahan matahari terbenam. Panorama yang indah dan menawan semasa bercuti pada 7 November 2010.
Kemalangan Jalan Raya
Cerita mengenai kemalangan jalan raya, saya juga terlibat apabila menerima panggilan daripada Hospital Taiping menyatakan anak lelaki tuan terlibat dalam kemalangan dan kini berada di Hospital Taiping. Perancangan Allah amat luas dalam saya memperkatakan mengenai kemalangan jalan raya anak sendiri terlibat. Alhamdullilah semuanya selamat cuma patah kaki sahaja
Wednesday, October 13, 2010
10-10-10
Pada awalnya tarikh 10-10-10 menjanjikan kegembiraan, ramai yang nak berkahwin. Sebelah tengah hari aku telah menghadiri majlis perkahwinan adik Fatimah Al Zahrah di Puncak Perdana. Satu majlis perkahwinan yang meriah dan nampak juga kawan-kawan lain yang menghadiri majlis tersebut.
Pada tarikh tersebut juga terjadi peristiwa malang bas ekspress bertembung dengan bas lain serta beberapa buah kereta dan motosikal mengakibatkan 12 kematian sangat mendukacitakan banyak pihak (kemalangan berhampiran tol Simpang Ampat). Pada kemalangan bas tersebut Intan dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat untuk pulang ke Universiti Tun Hussein Onn. Beliau terpaksa menunggu di tepi jalan (lepas tol senawang) selama 5 jam memberi laluan kepada pasukan bantuan membersihkan kawasan kemalangan.
Pada tarikh yang sama (tengah hari) juga aku menerima panggilan daripada Mansor Mordipi melaporkan kemalangan motosikal depan office, juga mengakibatkan kematian sedangkan pada 9-10-10 kami telah membincang langkah-langkah untuk membendung rempit di kawasan tersebut. Che Omar juga telah diarahkan untuk membina 'speed breaker' di hadapan office ULC. Malang sungguh kerana kami belum sempat membuat tindakan mencegah, kemalangan maut telah terjadi.

Sunday, September 12, 2010
Peristiwa Dunia
Hari ini 10 September 2010 (Shawal 3). Berada di Kuala Sungai Baru, Melaka. Bulan Ogos dan September (Puasa bulan Ramadan) aku tak buat apa-apa, cuma membuat pemerhatian terhadap beberapa peristiwa dunia.
Malaysia menyambut kemerdekaan ke 53 tahun, namun jiran terdekat Indonesia melalui Kumpulan Bendera membuat demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta .... ganyang Malaysia. Mereka membakar bendera Malaysia dan melempar najis ke bangunan kedutaan Malaysia. Aku tak faham tindakan mereka yang biadap dan kurang ajar tersebut. Sekiranya masalah kecil berlaku, biarlah pemereintah kedua negara selesaikan dalam kontek hubungan dua hala, tak perlu demo dan bakar bendera Malaysia. Aku marah juga mereka bakar bendera Malaysia tapi lebih resional untuk bersabar. Aku juga berpendapat rakyat Malaysia lebih rasional dalam hal ini dan tidak membesar-besarkan isu tersebut. Banyak kerja lain nak buat dan fikirkan bagi menuju negara maju dan berpendapatan tinggi daripada melayan kerenah orang-orang yang tak sekolah ini. Tapi sebenarnya majoriti rakyat Indonesia tak setuju dengan tindakan bendera ni. Bendera hanya minoriti sahaja, ramai rakyai Indonesia lebih rasional dan pragmatik dalam hubungan dua negara jiran tetangga yang menpunyai hubungan kekeluargaan yang rapat sejak zaman dahulu lagi.
Kemudian merayan kerenah paderi Terry Jones yang cadang nak bakar Kitab Suci Al Quran. Dia nak marah kerana peristiwa 911 dan anggap kitab suci al quran sebagai membawa ajaran ke arah keganasan. sampai Barack Obama dan Hiliry Clinton terpaksa campur tangan. Terry Jones ini kecil sahaja dan cuma nak cari publisiti aje............ aku harap perkara ini dapat diselesai dengan baik dan segera supaya kita dapt hidup aman damai. Aku juga berharap pusat islam yang dicadangkan berhampiran ground zero dapat menjadi realiti dan tidak berganjak dengan tuntutan Tery Jones.

Tuesday, August 31, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)