Hari ini 1 Ogos 2009, bulan kemerdekaan datang lagi. Merdeka 1957 - 2009, selama 52 tahun......... apa pencapaian kita. Malaysia negara sedang membangun atau negara maju ?........ Pagi ini bangun solat subuh dan keluar jogging di Tasik Titiwangsa, dicelah-celah pohon kelihatan bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur berbalam-balam kerana matahari baru nak naik atau mungkin jerubu. Dari segi fizikal memang kuala Lumpur banyak berubah, pemerhati sepanjang 20 tahun kebelakang ini.
Teringat masa sekolah rendah dulu, Guru sejarah Cik Gu Aziz Abu mengajar sejarah dimana Melaka mula-mula dijajah oleh Portugis pada tahun 1511. Sebab apa dijajah, kerana Sultan Melaka pada masa itu zalim dan tak kuat. Orang-orang melayu berpecah belah, tak ada lagi pahlawan melayu seperti Hang Tuah atau Tun Perak untuk meminpin orang-orang melayu.
Semasa di sekolah menengah belajar sejarah mengenai campur tanggan British di negeri-negeri melayu. Ini berlaku kerana kegagalan raja-raja melayu dan peminpin melayu untuk bersatu. Kejadian ini berlaku kerana ketamakan peminpin melayu dan bergaduh sesama sendiri. Maka negara terus dijajah sehingga 1956.
Dalam bulan kemerdekaan ini terkenang kisah-kisah pahlawan melayu yang berjuang untuk menentang penjajah. Pahlawan-pahlawan melayu seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Maharaja Lela, Tok Sagor, Tok Janggut dan lain-lain yang saya tak ingat dan tak tahu adalah merupakan perwira negara. Mereka lebih dulu bangun menentang penjajah dan inginkan kemerdekaan kepada negara kita ini. Saya menyanjung tinggi pengorbanan mereka terhadap tanah air ini. Biar lah pada masa dulu mereka dianggap pengkhianat atau penganas oleh penjajah, tapi kita menganggap mereka adalah pejuang tulen yang mahukan kemerdekaan negara ini. Al fathihah untuk mereka semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Mereka adalah orang-orang yang berjuang menuntut kemerdekaan. Kita adalah generasi yang mengisi kemerdekaan. Dalam proses mengisi kemerdekaan ini kita dapat melihat banyak golongan orang yang timbul mengisi kemerdekaan ini. Bermacam-macam ragam manusia yang dapat kita lihat sekarang. Ada orang yang benar-benar ingin maju, ada orang yang ambil kesempatan diatas kesususahan orang lain. Manusia menjadi terlalu kompleks untuk dibaca dan diadili.
Pada hari ini kita sudah tidak tahu siapa kawan dan siapa lawan lagi. Apa-apa boleh berlaku seperti dalam politik, hari ini lawan tapi esok kawan atau sebaliknya. Kita perlu ingat anasir-anasir luar masih cuba untuk menjajah kita semula. Memang kita telah merdeka secara fizikal tapi adakah minda kita telah merdeka.
No comments:
Post a Comment