Hari ini 12 rabiulawal / 26 Februari 2010
Cuti kerana sambutan maulidul Rasul. Baginda merupakan manusia agong. Walau pun telah wafat 1,400 tahun dulu, hari kelahirannya masih dirai oleh umat islam sedunia. Manusia yang paling kerap disebut-sebut di dunia ini (semasa sollat & lain). Perasaan sayang, sayu dan macam-macam lagi telah ku rasakan semasa melawat makam baginda tahun lepas. Inilah manusia pilihan Allah yang terlalu istemewa dan tidak dapat ku gambarkan semasa berada di makam baginda. Kita manusia akhir zaman tidak dapat bertemu rasullulah semasa hudupnya tapi melawat makam baginda juga telah memberi impat besar terhadap kita dengan bermacam-macam perasaan. Kedamaian semasa berada di raudah (berhampiran makam rasullulah) juga memberi kenangan manis kepada ku. Madinah terlalu bermakna dan aman tenteram semasa disana, inikan tempat rasullulah dan bumi ambiak. aku rindu pada tempat tersebut, Madinah, raudah serta majid Nabawi tempat rasullulah di semadikan.
go green .... preserve the environment for future generation. The world is not ours but belongs to the future generation.... Azman Mokhtar Hassan. Kuala Lumpur. Malaysia.
Friday, February 26, 2010
Sunday, February 21, 2010
gong xi fa chai
Tahun baru Cina datang lagi, sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia setiap perayaan semua akan ambil kesempatan bercuti.......... Cina yang raya tapi Melayu dan India yang sebuk cuti dan balik kampong termasuk lah aku ............. bikin jalan macet aje ............ nak buat macam mana, itu aje cuti panjang, maka ambillah kesempatan pergi cuti-cuti Malaysia.
kami sekeluarga sempat ke utara semasa cuti raya cina, mula singgah di Changkat Jering ke rumah Sdr. Osman (jiran) yang buat kenduri kahwin adik dan kemudian terus ke Jitra untuk majlis perkahwinan juga (anak saudara Sharum). Dah sampai Jitra, kami terus ke Padang Besar untuk jalan-jalan cari beras ..... heheheh ............
kami sekeluarga sempat ke utara semasa cuti raya cina, mula singgah di Changkat Jering ke rumah Sdr. Osman (jiran) yang buat kenduri kahwin adik dan kemudian terus ke Jitra untuk majlis perkahwinan juga (anak saudara Sharum). Dah sampai Jitra, kami terus ke Padang Besar untuk jalan-jalan cari beras ..... heheheh ............
Saturday, February 20, 2010
Study Tour
Saturday, February 13, 2010
Dari Hutan Bandar ke Hutan kampong
Study tour ke JB dan pulang ke KL dan seterusnya ke Changkat Jering ke Majlis Perkahwinan adik ipar Osman (jiran) dan terus jalan-jalan ke Kedah ..... sampai habis Highway PLUS merupakan kenangan manis untuk bulan Februari 2010. Banyak juga duit tol dan minyak yang harus dibelanjakan, walau bagaimanapun semuanya berbaloi-baloi macam celcom blue tu ............... seronok berjalan walau pun letih kerana terpaksa mengharungi trafic jam kata orang indonesia macet. Ini lah negara ku yang aman dan sejahtera.
Subscribe to:
Posts (Atom)