Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

Hari ini 12 rabiulawal / 26 Februari 2010

Cuti kerana sambutan maulidul Rasul. Baginda merupakan manusia agong. Walau pun telah wafat 1,400 tahun dulu, hari kelahirannya masih dirai oleh umat islam sedunia. Manusia yang paling kerap disebut-sebut di dunia ini (semasa sollat & lain). Perasaan sayang, sayu dan macam-macam lagi telah ku rasakan semasa melawat makam baginda tahun lepas. Inilah manusia pilihan Allah yang terlalu istemewa dan tidak dapat ku gambarkan semasa berada di makam baginda. Kita manusia akhir zaman tidak dapat bertemu rasullulah semasa hudupnya tapi melawat makam baginda juga telah memberi impat besar terhadap kita dengan bermacam-macam perasaan. Kedamaian semasa berada di raudah (berhampiran makam rasullulah) juga memberi kenangan manis kepada ku. Madinah terlalu bermakna dan aman tenteram semasa disana, inikan tempat rasullulah dan bumi ambiak. aku rindu pada tempat tersebut, Madinah, raudah serta majid Nabawi tempat rasullulah di semadikan.

No comments:

Post a Comment