Sunday, May 2, 2010

Rumah

Rumah ada lah tempat berteduh dari matahari dan hujan. Orang primitif dulu duduk dalam gua atau atas pokok bagi melindungi diri daripada hujan, panas dan binatang buas. Kini di dunia moden langit tanpa sempadan kita mahu diri kita dilindungi dari manusia zalim dan kejam seperti perompak dan penjahat yang ingin memperolehi kekayaan dan kesenangan secara mudah. Dulu buat rumah pasang pintu kukuh dengan grill dan kunci cukup tapi kini terpaksa tambah 'smart home' dengan 'alarm system' bagi keselamatan diri serta harta benda.

Dulu buat rumah murah aje ........... harga RM25,000.00, kemudian buat rumah harga RM100,000.oo pun dah kecoh dan kini buat rumah RM1.5K senyap-senyap takut kena serbu tak cukup rumah nak tawar kepada pembeli. Tak tahu la dunia semakin maju dan manusia semakin banyak duit. Tak apa lah asalkan mereka mampu, syarikat untung dapat beri gaji dan bonus kepada kakitangan, itu sudah bagus.

Semoga syarikat terus maju dan kita sama-sama berjaya dalam hidup.............

Amin.

No comments:

Post a Comment