Friday, August 20, 2010

Kemerdekaan 53 Tahun

31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2010 (53 tahun merdeka), Malaysia merdeka daripada penjajahan British. Kini setelah 53 tahun merdeka, ayah pun dah tiada lagi. Kita genarasi selepas merdeka hidup dengan selesa tapi pernahkah kita merenung kebelakang bagaimana ayah kita hidup sebelum merdeka dulu. Menurut cerita mak dulu susah, ayah terpaksa buat kerja macam-macam untuk membesarkan kami tujuh beradik tapi kini kami tujuh beradik mempunyai kerja yang baik dan hidup selesa. Maka hargailah kemerdekaan negara kita ini. Jangan persiakan kemerdekaan yang telah dicapai dan bantulah adik/anak selepas merdeka ini untuk memahani erti kemerdekaan sebenarnya. Jangan asyik nak seronok dan leka dengan kesenangan sekarang, yang mana telah diperjuangkan oleh genarasi terdahulu. Semoga Allah mencucuri rahmat dan pahala kepada pejuang kemerdekaan terdahulu. Amin. Azman Mokhtar.

No comments:

Post a Comment