Hari raya eidul fitri 2011 ini seperti biasa berhari raya di Gombak sahaja kerana kami tiada kampung nak balik. Maka tak ada pengalaman bersesak-sesak di lebuhraya untuk balik kampung macam orang lain. Anak-anak kata ini yang terlepas dan berbeza daripada kawan-kawan mereka yang lain.
Jauhari telah menggambil masa selama lapan jam untuk sampai ke Kota Bahru yang pada kebiasaannya hanya menggambil masa empat jam sahaja. Juni berhari raya di Batu Pahat pada tahun ini, Sharom berhari raya di Gombak kerana kedua orang tuanya telah meninggal dan hanya tinggal saudara mara sahaja di Telaga Mas, Kedah. Siti Fatimah seperti biasa berhari raya di Gombak sahaja.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin Semua dan semoga kita berkesempatan menemui Ramadan pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment