Sunday, September 12, 2010

Peristiwa Dunia

Hari ini 10 September 2010 (Shawal 3). Berada di Kuala Sungai Baru, Melaka.  Bulan Ogos dan September (Puasa bulan Ramadan) aku tak buat apa-apa, cuma membuat pemerhatian terhadap beberapa peristiwa dunia.

Malaysia menyambut kemerdekaan ke 53 tahun, namun jiran terdekat Indonesia melalui Kumpulan Bendera membuat demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta .... ganyang Malaysia.  Mereka membakar bendera Malaysia dan melempar najis ke bangunan kedutaan Malaysia. Aku tak faham tindakan mereka yang biadap dan kurang ajar tersebut.  Sekiranya masalah kecil berlaku, biarlah pemereintah kedua negara selesaikan dalam kontek hubungan dua hala, tak perlu demo dan bakar bendera Malaysia.  Aku marah juga mereka bakar bendera Malaysia tapi lebih resional untuk bersabar. Aku juga berpendapat rakyat Malaysia lebih rasional dalam hal ini dan tidak membesar-besarkan isu tersebut.  Banyak kerja lain nak buat dan fikirkan bagi menuju negara maju dan berpendapatan tinggi daripada melayan kerenah orang-orang yang tak sekolah ini.  Tapi sebenarnya majoriti rakyat Indonesia tak setuju dengan tindakan bendera ni.  Bendera hanya minoriti sahaja, ramai rakyai Indonesia lebih rasional dan pragmatik dalam hubungan dua negara jiran tetangga yang menpunyai hubungan kekeluargaan yang rapat sejak zaman dahulu lagi.

Kemudian merayan kerenah paderi Terry Jones yang cadang nak bakar Kitab Suci Al Quran.  Dia nak marah kerana peristiwa 911 dan anggap kitab suci al quran sebagai membawa ajaran ke arah keganasan.  sampai Barack Obama dan Hiliry Clinton terpaksa campur tangan.  Terry Jones ini kecil sahaja dan cuma nak cari publisiti aje............ aku harap perkara ini dapat diselesai dengan baik dan segera supaya kita dapt hidup aman damai.  Aku juga berharap pusat islam yang dicadangkan berhampiran ground zero dapat menjadi realiti dan tidak berganjak dengan tuntutan Tery Jones.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Merdeka Merdeka

Merdeka Merdeka Merdeka

Merdeka Merdeka Merdeka

31 Ogos 2010 - Merdeka 53 Tahun. Tapi kenapa lama sangat terjajah (1511 - 1957) . Tak ada siapa yang hendak memperjuangkan kemerdekaan. Tok Janggut di Kelantan, Mat Kilau di Pahang, Maharaja Lela di Perak dan lain-lain.

Friday, August 20, 2010

Merdeka Merdeka

Kemerdekaan 53 Tahun

31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2010 (53 tahun merdeka), Malaysia merdeka daripada penjajahan British. Kini setelah 53 tahun merdeka, ayah pun dah tiada lagi. Kita genarasi selepas merdeka hidup dengan selesa tapi pernahkah kita merenung kebelakang bagaimana ayah kita hidup sebelum merdeka dulu. Menurut cerita mak dulu susah, ayah terpaksa buat kerja macam-macam untuk membesarkan kami tujuh beradik tapi kini kami tujuh beradik mempunyai kerja yang baik dan hidup selesa. Maka hargailah kemerdekaan negara kita ini. Jangan persiakan kemerdekaan yang telah dicapai dan bantulah adik/anak selepas merdeka ini untuk memahani erti kemerdekaan sebenarnya. Jangan asyik nak seronok dan leka dengan kesenangan sekarang, yang mana telah diperjuangkan oleh genarasi terdahulu. Semoga Allah mencucuri rahmat dan pahala kepada pejuang kemerdekaan terdahulu. Amin. Azman Mokhtar.

Monday, August 16, 2010

Seminar GST

Balik daripada Seminar di Langkawi kena kursus Good & Services Tax (GST) pula.  Letih tak habis lagi dah kena masuk kelas semula .............. nasib badan.  Nadia dan Zalina sempat posing lagi semasa break kursus.  Selamat berkursus.