![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA4B6ihofTHVtMUkkTkhQUIjDLEhZW_AN4qt0c8huOERMm16-Kj_1wLc8TKHZwIKaQL7DxyE1In3-fARBBNJKFTxZoaumebHbQOT6FAa9TwCXnrN9aV2JQSjoxi2z8B6mEKTSQyWcOHXE/s320/327.jpg)
go green .... preserve the environment for future generation. The world is not ours but belongs to the future generation.... Azman Mokhtar Hassan. Kuala Lumpur. Malaysia.
Wednesday, September 23, 2009
Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.
Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.
Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia.
Bercuti bersama keluarga di rumah percutian Datin Aishah di pantai Kuala Sungai Baru, Melaka. Hadir keluarga Siti Fatimah Husin, Kamarudzaman Husin, Kartinah Husin dan Siti Fadzillah Husin. Tidak hadir keluarga Siti Salwa Husin yang berhari raya di Johor dan Siti Mastura Husin yang pulang ke Kelantan.
Monday, September 21, 2009
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
1 Shawal 1430, selamat hari raya aidil fitri. Gembira dapat menyambut hari raya bersama keluarga. Tahun ini Mastura beraya di Kelantan, manakala Salwa beraya di Johor. Kak Long dan Kartina sahaja yang beraya di Gombak, walau bagaimanapun hari raya tetap disambut dengan meriah. Ini adalah keluarga sebelah Siti.
Manakala adik beradik saya hanya dapat berkumpul di rumah emak (Kampung Simpang Tiga, Gombak) iaitu Zaharah, Nizam, Azmi dan Hanif. Manakala Azam (di Machang, Kelantan) yang dijadualkan balik tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Fendi (Rembau, Negeri Sembilan) dan Salina (Teluk Intan, Perak) beraya dirumah mentua mereka pada tahun ini. Ini merupakan budaya kita dimana beraya harus mengikut jadual setiap tahun untuk pasangan suami isteri yang mempunyai kampung berbeza. Saya tak ada masalah kerana kami suami isteri sekampung (Gombak, Selangor).

Saturday, September 19, 2009
ULC, BTHO
Bangunan SUK Selangor, Shah Alam
18 September 2009 / 28 Ramadan 1430
Sebelah pagi bersama Farah, Hasnah, Zamri dan Razali menghadiri bengkel deraf panduan pembinan di kawasan bukit dan tanah tinggi, Negeri Selangor bertempat di SUK Selangor, Bengkel ini dipengerusi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor). Semasa bengkel ramai juga nampak kawan-kawan seperti perunding, MPKj, IKRAM dan lain-lain menghadiri bengkel ini. Bengkel ini adalah untuk membincangkan garis panduan pembangunan di kawasan bukit supaya keselamatan semua pihak terjamin.
Sebelah petang sempat ke pejabat sekejap untuk bertemu rakan-rakan untuk bermaaf-maafan sebelum mereka semua pulang berhari raya di kampung masing-masing. Gembira kerana boleh dikatakan semua kakitangan ULC berasal dari kampung-kampung di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Harap-harap pada masa akan datang ada staff daripada Sabah dan Sarawak pula.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin di ucapakan kepada semua rakan-rakan dan keluarga. Diharap dapat memandu dengan berhati-hati dan cermat apabila balik kampung, semoga kita boleh bertemu lagi selepas hari raya ini dan meneruskan tugas-tugas yang masih belum selesai.

Sunday, September 13, 2009
Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Hari ini gembira kerana dapat berbuka puasa bersama anak-anak. Intan, Azwan dan Syafiq dapat makan / berbuka puasa satu meja macam semasa mereka kecil-kecil dulu. Maklumlah Azwan kalau balik dari kolej pun hanya habiskan masa dan makan minun di rumah Wan. Cucu kesayangan Wan. Selepas berbuka mereka tiga beradik pergi 'shopping' beli baju raya. Tak ikut sama kerana tak mahu rosakkan 'mood' mereka, banyak masalah kalau saya ikut sama kerana baju yang mereka suka nanti saya tak suka dan sebaliknya. Baik jangan ikut, biar mereka beli sendiri. Mereka pun dah besar bukan macam kanak-kanak dulu, semua kita yang buat keputusan.
Begitu cepat masa berlalu, diam tak diam anak-anak semua dah besar. Intan pun dah semester 6, Azwan semester 1 dan Syafiq dalam tingkatan dua. Begitu cepat masa berlalu dan kita pun dah tua dan selalu juga tinggal berdua suami isteri sahaja apabila Syafiq pergi 'tuition'. ini lah yang dialami oleh mak bapa kita dulu apabila kita meninggalkan rumah untuk belajar atau kahwin dulu.

Wednesday, September 9, 2009
Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Tuesday, September 8, 2009
Majlis Berbuka Puasa
Hari ini 8 September 2009 / 18 Ramadan 1430 hijrah.
Sempat menghadiri dua majlis berbuka puasa. Pada awalnya berbuka puasa bersama anak yatim anjuran UDA Holdings Berhad di Ancasa Hotel Kuala Lumpur dan kemudiannya sempat bertarawih di Masjid Al Syakirin, Gombak. Di masjid Al Syakirin diadakan majlis bersama anak yatim, ibu tunggal dan saudara baru. Sumbangan diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sunday, September 6, 2009
Pantai Jeram, Selangor, Malaysia
Pantai Jeram, Selangor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)