Saturday, September 19, 2009

Bangunan SUK Selangor, Shah Alam

18 September 2009 / 28 Ramadan 1430

Sebelah pagi bersama Farah, Hasnah, Zamri dan Razali menghadiri bengkel deraf panduan pembinan di kawasan bukit dan tanah tinggi, Negeri Selangor bertempat di SUK Selangor, Bengkel ini dipengerusi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor). Semasa bengkel ramai juga nampak kawan-kawan seperti perunding, MPKj, IKRAM dan lain-lain menghadiri bengkel ini. Bengkel ini adalah untuk membincangkan garis panduan pembangunan di kawasan bukit supaya keselamatan semua pihak terjamin.

Sebelah petang sempat ke pejabat sekejap untuk bertemu rakan-rakan untuk bermaaf-maafan sebelum mereka semua pulang berhari raya di kampung masing-masing. Gembira kerana boleh dikatakan semua kakitangan ULC berasal dari kampung-kampung di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Harap-harap pada masa akan datang ada staff daripada Sabah dan Sarawak pula.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin di ucapakan kepada semua rakan-rakan dan keluarga. Diharap dapat memandu dengan berhati-hati dan cermat apabila balik kampung, semoga kita boleh bertemu lagi selepas hari raya ini dan meneruskan tugas-tugas yang masih belum selesai.

No comments:

Post a Comment