Sunday, September 13, 2009

Ancasa Hotel, Kuala Lumpur

Hari ini gembira kerana dapat berbuka puasa bersama anak-anak. Intan, Azwan dan Syafiq dapat makan / berbuka puasa satu meja macam semasa mereka kecil-kecil dulu. Maklumlah Azwan kalau balik dari kolej pun hanya habiskan masa dan makan minun di rumah Wan. Cucu kesayangan Wan. Selepas berbuka mereka tiga beradik pergi 'shopping' beli baju raya. Tak ikut sama kerana tak mahu rosakkan 'mood' mereka, banyak masalah kalau saya ikut sama kerana baju yang mereka suka nanti saya tak suka dan sebaliknya. Baik jangan ikut, biar mereka beli sendiri. Mereka pun dah besar bukan macam kanak-kanak dulu, semua kita yang buat keputusan.

Begitu cepat masa berlalu, diam tak diam anak-anak semua dah besar. Intan pun dah semester 6, Azwan semester 1 dan Syafiq dalam tingkatan dua. Begitu cepat masa berlalu dan kita pun dah tua dan selalu juga tinggal berdua suami isteri sahaja apabila Syafiq pergi 'tuition'. ini lah yang dialami oleh mak bapa kita dulu apabila kita meninggalkan rumah untuk belajar atau kahwin dulu.

No comments:

Post a Comment