Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

1 Shawal 1430, selamat hari raya aidil fitri. Gembira dapat menyambut hari raya bersama keluarga. Tahun ini Mastura beraya di Kelantan, manakala Salwa beraya di Johor. Kak Long dan Kartina sahaja yang beraya di Gombak, walau bagaimanapun hari raya tetap disambut dengan meriah. Ini adalah keluarga sebelah Siti.

Manakala adik beradik saya hanya dapat berkumpul di rumah emak (Kampung Simpang Tiga, Gombak) iaitu Zaharah, Nizam, Azmi dan Hanif. Manakala Azam (di Machang, Kelantan) yang dijadualkan balik tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Fendi (Rembau, Negeri Sembilan) dan Salina (Teluk Intan, Perak) beraya dirumah mentua mereka pada tahun ini. Ini merupakan budaya kita dimana beraya harus mengikut jadual setiap tahun untuk pasangan suami isteri yang mempunyai kampung berbeza. Saya tak ada masalah kerana kami suami isteri sekampung (Gombak, Selangor).

No comments:

Post a Comment