Friday, July 24, 2009

Jerubu

Hari ini semasa memandu balik sekitar jam 6.30 petang di bulatan cheras, dj klfm memaklumkan jerubu di lembah kelang semakin baik tapi tak cakap pun berapa ipu ?....

Sambil memandu otak ligat kembali ke tahun 1985 dimana aku mula mendengar perkataan jerubu, masa tu boss aku di UDA membuat lawak (agak-agak dia nak jadi raja lawak, tapi masa tu tak ada program realiti lagi. kesian dia...) agak janggal juga dengar perkataan 'jerubu' pada masa tu tapi sekarang macam biasa aje... tahun 2000 kalau tak silap jerubu teruk... opis terpaksa bekalkan 'musk' topeng / penutup hidung. Semasa pergi 'site' pun kena pakai....

Ini lah gara-gara tangan manusia merosakan alam sekitar, terpaksa tanggung sendiri.

No comments:

Post a Comment