Friday, July 31, 2009

Minggu terakhir Julai 2009

28 Julai 2009, wacana bersama Pengarah Urusan (MD). Bulan ini mendapat kenaikan gaji dan bonus yang lumayan. MD mengingatkan kakitangan untuk bekerja lebih kuat dan rajin bagi memastikan pendapatan syarikat meningkat dan terus berdayamaju untuk tahun-tahun akan datang. MD juga mengingatkan supaya kakitangan bekerjasama, jauhkan perasaan hasad dengki antara satu sama lain dan terapkan semangat bersyukur dengan apa yang ada serta redha dengan ketentuan ilahi. Ya Allah, terima kasih dan syukur alhamdulilah terhadap rezeki yang melimpah ruah yang telah kau berikan.

29 & 30 Julai 2009, bersama rakan-rakan membuat lawatan kerja ke Kuantan. Melihat projek ULE serta sama-sama berkongsi pengalaman dalam melaksanakan projek.

31 Julai 2009, Ke KPJ Kajang mendapatkan suntikan vaksin influenza tapi tak cukup vaksin. Hanya rakan-rakan sahaja yang ambil dan saya akan menggambilnya minggu depan. Sehingga hari ini lima orang telah terkorban akibat virus H1N1 di Malaysia. Terima kasih kepada pengurusan syarikat kerana membenarkan kita menggambil suntikan vaksin influenza bagi menghadapi virus H1N1.

No comments:

Post a Comment