Monday, July 27, 2009

H1N1

Hari ini buletin utama melaporkan H1N1 (influenza A@selsema babi) telah memakan korban kedua di Malaysia. Nampaknya virus ini telah mula merebak dengan pantas di negara kita. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan kurang berkesan dan nampak macam hilang punca. Banyak sekolah dan IPTA/IPTS kena tutup bagi mengelakkan penularan virus ini. Dalam fikir-fikir secara 'lay man' kita ni sebenarnya mana dia datang virus ini dengan tiba-tiba aje. Mana selsema burung, tiba-tiba lenyap.... tak tahu kemana virus tu.............

Sejak kanak-kanak kita disogok dengan banyak virus, dulu masa kanak-kanak dengan penyakit deman kepialu, deman malaria dan deman denggi yang teruk sekali dan menjadi masalah sehingga kini. Penyakit ini kita boleh faham dia datang daripada nyamuk dan kita kena kawal tempat pembiakan nyamuk aje dan boleh 'settle' masalah. Cerita denggi pun tenggelam oleh H1N1 ni.

Tahun 1970 -1980an dulu selalu penyakit taun, selepas aje banjir mesti timbul taun. Itu boleh faham lah penyakit bawaan air kotor.................. dulu kenangan di asrama (dorm) ada kawan yang kena penyakit ni buang air dari katil dia sampai bilik air. Boleh tahan juga bau ........... ha...ha.......ha........

Tahun 1990an kita dikejutkan dengan penyakit aids, ramai yang mati kerana aids. Aids berpunca daripada seks luar tabiee (homoseks atau penagih dadah 'sharing' jarum) tapi sekarang dah senyap, mungkin orang dah tak ambil hal lagi dengan penyakit ini.

Tahun millinium (2000 - 2009) kita dikejutkan dengan JE, habis semua babi kena tembak. Kemudian selsema burung, habis semua ayam/itik/burung kena bunuh. Sekarang selsema babi, siapa nak kena bunuh pulak..........ha.....ha.....ha. Cerita ni macam penyebaran virus komputer, nanti mesti kena reka anti virus macam avira tu.

Agak-agak lepas ni penyakit ape ye.............. aku rasa saranan pengerusi dalam KPI pagi tadi bagus juga, kita patut ambil suntikan vaksin H1N1 sebelum program jalan-jalan akan datang.

No comments:

Post a Comment