Sunday, July 26, 2009

Majlis Perkahwinan

25 Julai 2009

Semalam menghadiri majlis perkahwinan (menyambut menantu) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Semua berjalan lancar dengan aturcara majlis yang kemas dan teratur. Program bermula dengan ketibaan para tetamu, ketibaan pengantin, doa selamat, makan malam dan bersurai. Majlis perkahwinan dengan tema 'garden party' serta pakaian warna ungu oleh saudara mara memeriahkan lagi majlis tersebut. Program juga diselitkan dengan 'power point presentation' dan video pengantin dari detik perkenalan hingga ke jinjang pelamin. Majlis juga diserikan dengan persembahan 'live' lagu-lagu tradisional diiringi gesikan biola yang lembut. Semasa menikmati hidangan bersama tetamu lain aku sempat memutar memori kepada majlis perkahwinan yang pernah dihadiri sebelum ini.

Sabak Bernam Selangor 1960 an

Majlis perkahwinan mak su, aku ingat masa tu arwah ayah adalah orang yang paling sibuk. maklumlah arwah ayah anak yang sulong, semua dia kena buat. Masa tu aku tak tahu apa-apa, sebagai kanak-kanak cuma seronok kerana orang ramai dan banyak makanan. Masa tu semua orang sibuk, ayah bertukang buat pelamin dalam rumah. Orang perempuan sibuk masak-masak di dapur dan buat bunga telor. Orang lelaki sibuk buat khemah daripada batang buluh aje. Semua kerja dibuar secara gotong royong.

Satu lagi majlis perkahwinan saudara sekitar tahun 1960 an juga di Sabak Bernam meninggal kenangan iaitu lembu untuk disembelih bagi jamuan kenduri terlepas dan terpaksa orang satu kampong mengejar lembu.

Gombak Selangor 1970 an

Majlis perkahwinan anak jiran di Kampong Simpang Tiga, masih dilaksanakan secara gotong royong. Khemah pada masa tu dah mula guna besi dan atap zing (sekarang orang kata khemah cina mati). Cara makan masih lagi menggunakan hidangan tapi air masih sama iaitu air sirap (Syafiq selalu komen kalau pergi rumah orang kawin mesti air sirap). Kompang digunakan untuk mengiringi mempelai.

Gombak Selangor 1980 an

Majlis perkahwinan kawan-kawan. Tahun 1980 an kawan-kawan dah mula naik pelamin terutama yang wanita, yang laki-laki lambat sikit. Majlis perkahwinan tetap sama macam 1970 an cuma pada masa tu dah mula ada 'live' band dan joget lambak ..... maklumlah masa tu masa jahiliah. Walau pun ada 'live' band kompang masih digunakan untuk mengarak pengantin. (Siti apabila dengar kompang akan menangis kerana semua kawan-kawan dah kahwin, dia belum lagi kahwin).

Gombak Selangor tahun 1990 an

Majlis perkahwinan tetap sama macam tahun 1980 an cuma sekarang khemah dah berubah, cantik sikit dan dah mula ada 'scallop' dan dihias indah tapi cara makan dah berubah sekarang guna 'buffet style' dah tak ada 'man power'. Budak-budak kampong dah tak minat nak jadi penangah tapi sekarang tak 'live band' lagi. Semua dah dakwah, tak boleh haram .......... kompang o.k. masih guna.

Kuala Lumpur millinium

Majlis perkahwinan anak kawan-kawan. Sekarang semua dah mula buat kat dewan atau yang ada lebih budget buat di hotel atau rumah kelab. Hantaran pun dah gila-gila, tak ada ribu-ribu lagi semua puloh-puloh ribu (no money no talk) sabar aje le ............ nak buat macam mana dah 'trend' macam tu..... nak buat kat rumah tak ada tempat, masalah 'parking' lagi. Faham-faham la ... memang kena buat di tempat tu juga.......tiada pilihan. Sekarang dah tak ada 'term' gotong royong lagi semua upah orang buat dan bayar le... tak ada masak-masak sendiri lagi, semua katerer. Bunga telor juga dah tiada digantikan dengan coklat atau gula-gula dalam bekas yang menarik (tak payah susah-susah buat beli aje kat nilai 3, banyak belambak dan murah aje...) . Kompang pula dah guna CD aje, mungkin budak-budak dah tak minat nak palu kompang. Sakit tangan dan takut kasar tapak tangan agaknya. Rasa-rasanya tak ada 'feel' la kalau tak guna kompang betul. Mungkin budak-budak muda dah tak ada 'feeling' dengan kompang berbanding orang veteran. (agaknye...) Bapa pengantin pun mudah sekarang, tak payah pening-pening nak fikir macam mana nak buat majlis perkahwinan ni, lantik aje 'event manager' semua beres. Dulu lepas majlis bapa dan mak pengantin pengsan keletihan tapi sekarang tak ada apa-apa cuma tunggu kat 'entrance' bawa 'hand beg' salam keruk.... mashuk.............

Lamunan aku terhenti apabila DJ memaklumkan bapa penggantin dijemput untuk memberikan ucapan kepada tetamu begitu cepat masa berlalu dan kita berubah mengikut kitaran zaman, tak tahu la apa akan jadi pada masa akan datang.....

No comments:

Post a Comment